DUNIA > BERITA

Aktiviti Kebudayaan "Written In The Sky: My China Story" Diadakan Di Berlin

16/09/2024 01:13 PM

BERLIN, 16 Sept (Bernama-CMG) -- Aktiviti kebudayaan khas meraikan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China (PRC) diadakan di sini, pada Sabtu.

Bertajuk "Written in the Sky: My China Story", aktiviti itu dianjurkan bersama oleh Kumpulan Media China (CMG), Kedutaan China di Jerman, dan Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa Kementerian Pendidikan China.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapan videonya berkata bahawa sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 PRC, aktiviti itu menerima lebih 1,600 surat netizen dari serata dunia yang menceritakan kisah mereka dengan China.

"Walaupun ditulis dalam bahasa yang berbeza, surat-surat itu menghantar isyarat dan rasa yang sama, dan memperlihatkan aspirasi rakyat pelbagai negara terhadap keamanan dan kesejahteraan," kata Shen.

Beliau menyatakan bahawa aktiviti itu adalah bertujuan untuk mengukuhkan pertukaran dalam kalangan rakyat, menggalakkan dialog antara tamadun berbeza, dan meningkatkan persefahaman sesama rakyat.

Hampir 200 tetamu menghadiri aktiviti itu, termasuk Duta Besar China ke Jerman Deng Hongbo, Timbalan Pengarah Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa Kementerian Pendidikan China Hu Zhiping, dan pemenang Anugerah Persahabatan Kerajaan China Thomas Rabe.

Aktiviti "Written in the Sky: My China Story" juga akan diadakan di beberapa negara, antaranya Amerika Syarikat (AS), Kanada, Rusia, Australia, Arab Saudi, Mexico dan Nigeria.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan