DUNIA > BERITA

Presiden Yamaha Motor Cedera Didakwa Diserang Anak Perempuannya

17/09/2024 11:47 AM

SHIZUOKA (Jepun), 17 Sept (Bernama-Kyodo) -- Presiden Yamaha Motor Co mengalami kecederaan di lengan pada Isnin selepas didakwa diserang oleh anak perempuannya menggunakan pisau dapur di kediaman mereka di tengah Jepun, lapor Agensi Berita Kyodo memetik pihak polis tempatan.

Polis menahan Hana Hidaka atas tuduhan cubaan membunuh bapanya, Yoshihiro, 61, dengan menggunakan pisau sekitar 3 pagi Isnin di rumah mereka di Iwata, Shizuoka.

Pihak polis bertindak balas selepas menerima panggilan daripada anak perempuannya yang berusia 33 tahun, yang mendakwa bahawa bapanya memukulnya.

Dia juga menghubungi polis sekitar 5.30 petang sehari sebelum kejadian.

Seorang pegawai syarikat yang berpangkalan di Iwata, berkata bahawa pihak syarikat tidak akan memberikan sebarang komen berhubung dakwaan itu kerana ia masih dalam siasatan.

-- BERNAMA-KYODO


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan