DUNIA > BERITA

Gala Pesta Kuih Bulan 2024 CMG Akan Disiarkan Malam Ini

17/09/2024 03:28 PM

BEIJING, 17 Sept (Bernama-CMG) -- Gala Pesta Kuih Bulan 2024 Kumpulan Media China (CMG) akan disiarkan di beberapa saluran televisyen dan platform media baharu CMG tepat 8 malam ini waktu Beijing (waktu Kuala Lumpur).

Gala itu diadakan di bandar Shenyang, wilayah Liaoning di timur laut China.

Selain pentas utama, gala itu juga akan mempamerkan daya tarikan 13 mercu tanda bandar bersejarah berkenaan, termasuk Istana Kuno Shenyang, Muzium Provinsi Liaoning, Muzium Industri China dan lain-lain.

Gala Pesta Kuih Bulan 2024 terdiri daripada tiga bab melalui pertunjukan artistik yang inovatif, mengetengahkan budaya tradisional China yang gemilang menerusi persembahan lagu, tarian, opera, dan lain-lain, membawa penonton merasai keindahan seni, budaya dan teknologi.

Selain persembahan itu, gambar-gambar bulan purnama yang diambil netizen dari serata dunia juga akan dipersembahkan di gala berkenaan, membolehkan para penonton menikmati keindahan cahaya bulan dari setiap pelosok dunia.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan