DUNIA > BERITA

Lebih 10,700 Rakyat Palestin Ditahan Di Tebing Barat Sejak 7 Okt

17/09/2024 05:42 PM

RAMALLAH, 17 Sept (Bernama-WAFA) -- Pasukan penjajah Israel menahan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin termasuk bekas tawanan di Tebing Barat dalam tempoh 24 jam yang lalu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin serta Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan bersama memaklumkan bahawa operasi itu berlaku di pelbagai wilayah di Tebing Barat yang diduduki disertai serbuan meluas serta penderaan, serangan dan ancaman terhadap tahanan serta keluarga mereka, selain perbuatan vandalisme dan kemusnahan rumah-rumah rakyat Palestin.

Antara yang ditahan ialah Abla Saadat, isteri kepada Setiausaha Agung Barisan Popular yang dipenjarakan, pemimpin Ahmed Saadat, Tahrir Jaber, pelajar media Universiti Birzeit, Duaa Al-Qadi serta wartawan Qutaiba Hamdan, menurut kenyataan itu.

PPS dan Suruhanjaya mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang ditahan di Tebing Barat sejak 7 Okt meningkat kepada lebih 10,700 orang.

-- BERNAMA-WAFA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan