DUNIA > BERITA

Bakal PM Baharu Jepun Ishiba Rancang Adakan Pilihan Raya Umum Pada 27 Okt

30/09/2024 05:52 PM

TOKYO, 30 Sept (Bernama-Xinhua) -- Bakal Perdana Menteri Jepun yang baharu Shigeru Ishiba berkata pada Isnin bahawa beliau merancang untuk mengadakan pilihan raya umum pada 27 Okt ketika beliau bersiap sedia mengambil alih jawatan, lapor Xinhua.

Dewan Rendah Parlimen akan dibubarkan pada 9 Oktober, kata Ishiba kepada pemberita, menekankan kepentingan mendapatkan mandat orang ramai secepat mungkin.

Bekas menteri pertahanan berusia 67 tahun itu menewaskan Menteri Keselamatan Ekonomi Sanae Takaichi dalam pilihan raya pada Jumaat untuk mengetuai Parti Demokratik Liberal (LDP) yang memerintah negara itu.

Memandangkan gabungan pimpinan LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan Parlimen di Jepun, Ishiba, sebagai ketua parti baharu, akan dipilih sebagai perdana menteri dalam sesi Parlimen luar biasa pada Selasa untuk menggantikan Fumio Kishida.

Di Jepun, perdana menteri baharu sering mengadakan pilihan raya mengejut untuk membubarkan Dewan Rendah pada tarikh awal untuk memanfaatkan penarafan kelulusan yang tinggi untuk mendapatkan mandat awam dan meneruskan agenda politiknya.

Pada sidang akhbar berikutan kemenangannya pada Jumaat, Ishiba berikrar memberikan "usaha penuh" untuk membina semula kepercayaan dan perpaduan dalam LDP, menyeru sebuah parti yang merendah diri, adil dan telus, iaitu peraturan dipatuhi dan pemimpin boleh dipertanggungjawabkan oleh rakyat.  

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan