DUNIA > BERITA

Indonesia Bertanding Kerusi Tidak Tetap UNSC Bagi Penggal 2029-2030

01/10/2024 07:08 PM

JAKARTA, 1 Okt (Bernama-VNA) -- Indonesia bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2029-2030, menurut Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.

Pencalonan ini mencerminkan komitmen Indonesia untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan global, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Retno menegaskan bahawa keamanan, keadilan dan kemanusiaan sentiasa menjadi teras dasar luar Indonesia, dan komitmennya terhadap keamanan, kemakmuran serta keselamatan bersama akan diteruskan dalam setiap pentadbirannya.

Indonesia sebelum ini pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada penggal 1974-1975, 1995-1996, 2007-2008, dan 2019-2020.

-- BERNAMA-VNA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan