DUNIA > BERITA

Ketua PBB Kecam Perluasan Konflik Di Timur Tengah

02/10/2024 08:56 AM

NEW YORK, 2 Okt (Bernama-Xinhua) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah, lapor Xinhua.

"Saya mengecam perluasan konflik di Timur Tengah dengan peningkatan demi peningkatan," kata ketua PBB itu dalam kenyataan ringkas.

Guterres menegaskan konflik itu mesti dihentikan dan gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel lewat Isnin mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan "kempen darat yang tertumpu dan terhad" terhadap Hizbullah di selatan Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan pada Isnin malam bahawa 95 orang terkorban dan 172 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu negara Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar ketika berita tentang tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lubnan mula tersebar.

-- BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan