DUNIA > BERITA

PBB Seru Hentikan Peningkatan Ketegangan Di Timur Tengah

02/10/2024 07:20 PM

NEW YORK, 2 Okt (Bernama-WAM) -- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk peningkatan ketegangan pada Selasa di Timur Tengah, khususnya antara Iran dan Israel, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

“Ini mesti dihentikan. Kita benar-benar memerlukan gencatan senjata,'' katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan terkini di Timur Tengah.

"Saya mengutuk perluasan konflik di Timur Tengah yang terus meningkat," catat Guterres di platform X.

Sementara itu, dalam satu berita lain juga dari New York, WAM melaporkan Guterres menyuarakan kebimbangan serius terhadap peningkatan konflik di Lubnan dan merayu agar gencatan senjata segera diadakan.

"Perang menyeluruh mesti dielakkan di Lubnan dalam apa jua keadaan dan kedaulatan serta keutuhan wilayah Lubnan mesti dihormati," kata Guterres dalam satu kenyataan pada Selasa.

Setiausaha Agung turut merayu kepada komuniti antarabangsa untuk segera menyokong permohonan kemanusiaan sebanyak US$426 juta yang dilancarkan hari ini di Beirut.

"Setiausaha Agung akan meneruskan hubungan diplomatiknya dan wakilnya di lapangan juga akan meneruskan usaha untuk mengurangkan ketegangan," tambah kenyataan itu.

-- BERNAMA-WAM

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan