DUNIA > BERITA

Presiden Perancis Seru Penghantaran Senjata Ke Israel Dihentikan

06/10/2024 12:55 PM

PARIS, 6 Okt (Bernama-Anadolu) -- Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.

Dalam temu bual dengan stesen radio France Inter, Macron menekankan keperluan untuk mengutamakan penyelesaian politik di rantau itu.

Beliau mendakwa Perancis tidak menghantar senjata ke Israel untuk digunakan di Gaza, menurut Agensi Anadolu (AA).

Macron menegaskan bahawa Israel harus mematuhi undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan dalam mempertahankan diri.

Beliau juga menyentuh mengenai serangan terkini Israel ke atas Lubnan dengan menyatakan bahawa "Lubnan tidak boleh menjadi Gaza yang baharu."

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan