DUNIA > BERITA

Pesawat Frontier Airlines Terbakar Ketika Mendarat Di Lapangan Terbang Las Vegas, AS

06/10/2024 05:49 PM

MOSCOW, 6 Okt (Bernama-Sputnik) -- Pesawat penerbangan 1326 Frontier Airlines  terbakar ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid di Las Vegas, Nevada, lapor Sputnik yang memetik CBS News.

“Juruterbang mengesan asap dan mengisytiharkan kecemasan... pesawat itu mendarat dengan selamat dan semua penumpang serta kru dipindahkan melalui tangga udara. Tiada kecederaan dilaporkan dan penumpang telah dibawa ke terminal," kata jurucakap Frontier Airlines kepada CBS News pada Sabtu.

Punca kejadian itu sedang disiasat, menurut jurucakap syarikat kepada media.

Jabatan Bomba Daerah Clark segera bertindak balas terhadap kejadian itu, menurut jurucakap lapangan terbang berkenaan kepada media dan menambah jentera bomba dan kenderaan perkhidmatan kecemasan tiba di landasan ketika asap menyelubungi pesawat berkenaan.

Klip video yang tular di media sosial menunjukkan bahagian bawah pesawat terbakar semasa pendaratan.

-- BERNAMA-SPUTNIK                         


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan