DUNIA > BERITA

Forum Kerjasama China-Afrika Mustahak Dan Istimewa

07/10/2024 05:14 PM

BEIJING, 7 Okt (Bernama-CMG) -- Sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 yang diadakan di sini menerima penyertaan paling banyak berbanding edisi sebelumnya, menurut Presiden Namibia Nangolo Mbumba.

Mbumba ketika bertemu bual dengan wartawan Kumpulan Media China (CMG) di sini baru-baru ini berkata forum itu bertepatan dengan beberapa inisiatif yang dianjurkan oleh China seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang menekankan kepada pembangunan di kawasan yang memerlukan.

Beliau berkata forum itu bertujuan untuk mendorong kemajuan dalam bidang seperti perdagangan, ekonomi, sains, teknologi dan pendidikan bukan hanya untuk manfaat sesebuah negara.

“Oleh itu, Forum Kerjasama China-Afrika juga kelihatan mustahak dan istimewa. Di sini, kita membincangkan isu-isu mengenai perniagaan, perdagangan dan perlombongan serta pembangunan sumber tenaga alternatif. Afrika akan terus bekerjasama dengan China dalam pelbagai bidang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mbumba berkata apabila bercakap tentang pembangunan, nama “China” pasti akan disebut.

Sehubungan itu beliau menegaskan China dan Afrika perlu berganding bahu membina landskap yang damai dan stabil agar hasil pembangunan dalam bidang sains, teknologi dan inovasi dapat dikongsi secara terbuka.

Menurut beliau, jika ini tercapai kedua-dua pihak akan berkembang maju bersama-sama dan mewujudkan kemakmuran yang sebenar untuk seluruh dunia.

"Kami bukan sahaja menjalankan komunikasi dengan Presiden Xi Jinping tetapi juga mengadakan pertukaran dengan kerajaan China, tokoh dalam kalangan perniagaan dan elit sains dan teknologi. Minggu ini boleh disifatkan sebagai “minggu belajar” dan juga “minggu pertukaran”.

“Kami juga membina keyakinan melalui pembelajaran dan pertukaran dan meneroka jalan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang serasi dengan ekosistem Namibia pada masa depan,” kata Mbumba.

--BERNAMA-CMG 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan