DUNIA > BERITA

Ketibaan Penumpang Kapal Persiaran Adora Magic City Cecah 250,000 Orang

07/10/2024 05:23 PM

SHANGHAI, 7 Okt (Bernama-CMG) -- China State Shipbuilding Corporation (CSSC) memaklumkan jumlah ketibaan penumpang kapal Persiaran Adora Magic City mencecah 250,000 orang.

Sejak memulakan pelayaran sulungnya untuk tujuan komersial pada 1 Januari tahun ini, kapal persiaran besar buatan China yang pertama itu telah menyelesaikan 64 perjalanan.

Pada hari ini (7 Oktober), Adora Magic City berjaya menyelesaikan perkhidmatannya untuk program persiaran yang bertemakan Sambutan Hari Kebangsaan selama 7 hari 6 malam dan kembali ke pelabuhan utamanya di Shanghai dengan ditumpangi lebih 5,000 orang pelancong dari dalam dan luar negara.

Kapal Adora Magic City dan kapal Adora Mediterranea akan memulakan musim operasi pada 2025, melibatkan enam pelabuhan yang akan menyaksikan hampir 170 laluan persiaran antarabangsa beroperasi dalam keadaan yang sibuk,  dipercayai boleh memenuhi pelbagai keperluan penumpang.

Sementara itu, kapal persiaran besar buatan China yang kedua masih berada di tahap pembinaan, dan dijangka akan selesai dibuat pada penghujung 2026, dengan pelabuhan Guangzhou dijadikan pangkalan untuk pengendaliannya.

-- BERNAMA-CMG


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan