DUNIA > BERITA

Laos Perkukuh Keselamatan Bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44, Ke-45

07/10/2024 05:49 PM

VIENTIANE, 5 Okt (Bernama-VNA) -- Pihak berkuasa Laos mempertingkatkan langkah keselamatan menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta mesyuarat berkaitan yang dijadualkan berlangsung di Vientiane dari 8 hingga 11 Okt.

Agensi berita Vietnam (VNA) melaporkan Ketua Polis Trafik Vientiane, Sen. Lt. Kol. Sangkhom Phommalath mendedahkan rancangan melibatkan lebih 200 pusat pemeriksaan yang dikendalikan oleh lebih 700 pegawai bagi menguruskan lalu lintas dan memastikan pergerakan selamat dan lancar untuk pemimpin kanan serta wakil dari pelbagai negara serta organisasi antarabangsa yang menghadiri sidang terbabit.

Semua persiapan selesai dilaksanakan setakat ini.

Menurut VNA, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone turut menyeru semua pegawai, anggota tentera, pegawai keselamatan awam dan rakyat untuk melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab masing-masing dengan aktif bagi memastikan kejayaan mesyuarat itu.

-- BERNAMA-VNA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan