DUNIA > BERITA

Kapal Hospital China "Peace Ark" Tiba Untuk Lawatan Di Cameroon

08/10/2024 02:09 PM

DOUALA (Cameroon), 8 Okt (Bernama-CMG) -- Kapal hospital "Peace Ark" Tentera Laut China tiba di Pelabuhan Douala, Cameroon untuk lawatan selama tujuh hari ke negara itu.

Kapal hospital itu berlabuh buat kali pertama di sini pada Isnin.

"Peace Ark" yang dalam "Misi Harmoni-2024" akan menyediakan perkhidmatan perubatan kepada rakyat Cameroon serta menghantar beberapa kumpulan pakar ke hospital, tentera dan agensi kerajaan tempatan untuk menjalankan rawatan bersama, pertukaran ilmiah, penyelenggaraan peralatan, dan latihan pertolongan cemas.

Selain itu, perwakilan tentera dari kapal hospital itu akan melawat sekolah, rumah anak yatim, dan pangkalan tentera.

Perwakilan itu akan menyampaikan ceramah mengenai pengetahuan kesihatan, pertukaran kebudayaan, selain mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan askar Cameroon.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan