DUNIA > BERITA

Jenayah Israel Di Gaza Adalah 'Keganasan Psikologi' - Pelapor Khas PBB

08/10/2024 06:47 PM

NEW YORK, 8 Okt (Bernama-WAFA) -- Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak kesihatan, Tlaleng Mofokeng berkata bahawa serangan dan jenayah Israel di Semenanjung Gaza merupakan satu bentuk keganasan psikologi dan sebahagian daripada rancangan genosid, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Beliau menegaskan bahawa kesihatan mental penduduk Gaza semakin merosot akibat perang berterusan di wilayah terbabit.

Mofokeng memberi amaran bahawa tahap kebimbangan dan trauma dalam kalangan penduduk Gaza kini mencapai tahap yang membimbangkan, seiring dengan keterbatasan akses perkhidmatan kesihatan dan rawatan.

Beliau turut menyatakan kekesalannya terhadap situasi kanak-kanak di Gaza, dengan berkata bahawa "terdapat satu generasi kanak-kanak di Gaza yang meninggal dunia sebelum mereka sempat menerima sijil kelahiran."

"Kita telah mengecewakan generasi di Gaza. Jika kita tidak dapat menghentikan bom daripada digugurkan hari ini, bagaimana kita boleh berbicara tentang masa depan dan generasi akan datang?" katanya.

-- BERNAMA-WAFA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan