DUNIA > BERITA

Nicaragua Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Israel

12/10/2024 05:51 PM

MANAGUA, 12 Okt (Bernama-Xinhua) -- Nicaragua pada Jumaat mengumumkan keputusan untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel sebagai tindak balas terhadap apa yang disebut oleh kerajaan Nicaragua sebagai "genosid kejam" yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, lapor Xinhua.

Langkah itu diambil susulan permintaan oleh parlimen negara Amerika Tengah itu, Dewan Negara yang meluluskan perisytiharan kecaman semasa sesi khas yang diadakan pada tahun pertama konflik Gaza.

Parlimen mengecam "genosid berterusan, kekejaman, kebencian melampau dan pemusnahan yang dilakukan oleh kerajaan Israel," menurut kerajaan Nicaragua dalam satu kenyataan.

Kerajaan Nicaragua berkata keputusan itu adalah "dalam solidariti kekal" dengan rakyat dan kerajaan Palestin serta mematuhi undang-undang antarabangsa dan konvensyen yang mengawal hubungan antara negara dan kerajaan.

Kerajaan yang diketuai oleh Presiden Daniel Ortega turut mengulangi "gesaan untuk mematuhi semua Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" untuk sebuah negara Palestin yang "bebas, berdaulat, merdeka dan menentukan nasib sendiri."

-- BERNAMA-XINHUA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan