DUNIA > BERITA

Thailand Lanjutkan Pengecualian Borang TM.6, Mudahkan Prosedur Perjalanan

15/10/2024 06:24 PM

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra mengumumkan bahawa Thailand melanjutkan pengecualian bagi warga asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika memasuki dan keluar dari negara itu sehingga 30 April 2025.

Borang TM.6 merupakan dokumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat mengenai pelawat asing bagi tujuan pemeriksaan serta pemantauan keselamatan negara, diperkenalkan pada 15 April dan sepatutnya berakhir hari ini.

"Seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Luar, mesyuarat Kabinet meluluskan lanjutan tempoh pengecualian untuk menyerahkan Borang TM.6 bagi warga asing yang memasuki atau keluar dari Thailand di semua 16 pusat pemeriksaan imigresen sementara, termasuk laluan darat dan laut, dari 16 Okt 2024 hingga 30 April 2025," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada Selasa.

Paetongtarn juga mengarahkan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan pengumuman segera bagi menyelaras prosedur perjalanan dan mempromosikan pelancongan, sekali gus merangsang ekonomi negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan