DUNIA > BERITA

Israel Umum Serangan Ke Atas ‘Sasaran Ketenteraan’ Di Iran

26/10/2024 10:30 AM

ISTANBUL, 26 Okt (Bernama-Anadolu) -- Israel pada awal Sabtu mengumumkan tenteranya melancarkan "serangan tepat" ke atas “sasaran ketenteraan” di Iran, ketika letupan kedengaran di Tehran, lapor Agensi Anadolu.

"Pada masa ini, Pasukan Pertahanan Israel sedang melaksanakan serangan tepat ke atas sasaran ketenteraan di Iran," menurut jurucakap tentera Israel Laksamana Muda Danial Hagari dalam satu kenyataan.

Radio tentera Israel melaporkan bahawa berpuluh-puluh pesawat Israel sedang melancarkan serangan ke atas Tehran, Meshed dan sebuah stesen janakuasa di Karaj.

Pada masa yang sama, agensi berita separa rasmi Iran Fars melaporkan letupan turut kedengaran di ibu negara Iran.

Agensi berita Syria Sana melaporkan letupan juga kedengaran di ibu negara Damsyik.

Tiada maklumat lanjut didedahkan setakat ini.

-- BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan