DUNIA > BERITA

Pentadbiran Trump Saman California Berhubung Harga Telur

10/07/2025 05:17 PM

WASHINGTON, 10 Julai (Bernama-dpa) -- Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump telah memfailkan saman terhadap California pada Rabu, dengan mendakwa peraturan negeri itu mengenai pengeluaran telur dan ayam telah menyebabkan kenaikan harga telur di seluruh negara, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Negeri California telah menyumbang kepada kenaikan harga telur yang tinggi dengan mengenakan birokrasi yang tidak perlu ke atas pengeluaran telur,” menurut tuntutan mahkamah itu.

Menurut Jabatan Kehakiman AS, undang-undang California - bertujuan untuk mengurangkan kekejaman terhadap haiwan dan mengurangkan risiko penyakit bawaan makanan - telah melanggar Akta Pemeriksaan Produk Telur yang diluluskan pada 1970, yang menetapkan standard keselamatan telur yang seragam di peringkat nasional.

Saman itu turut menyatakan bahawa hanya kerajaan persekutuan mempunyai kuasa untuk mengawal kualiti, pemeriksaan dan pembungkusan telur.

Peraturan yang dicabar itu menghalang petani daripada menggunakan “kaedah pertanian yang lazim digunakan yang membantu mengekalkan harga telur pada kadar mampu milik,” menurut Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

California telah meluluskan beberapa undang-undang berkaitan telur dan ladang ayam, termasuk inisiatif pada 2008 dan 2018 yang mewajibkan ayam diletakkan di dalam kurungan.

-- BERNAMA-dpa

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan