DUNIA > BERITA

Pemangku Presiden Myanmar U Myint Swe Meninggal Dunia

07/08/2025 04:24 PM

ANKARA, 7 Ogos (Bernama-Anadolu) -- Pemangku Presiden Myanmar U Myint Swe meninggal dunia hari ini pada usia 74 tahun, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar.

Menurut laporan media tempatan, Myint Swe berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi sebuah hospital tentera di ibu negara, Naypyitaw.

Sejak awal 2023, beliau mengalami masalah pergerakan dan kesukaran untuk makan. Keputusan ujian mendedahkan beliau menghidap penyakit Parkinson dan gangguan neurologi yang berkaitan.

Beliau juga pernah menerima rawatan perubatan di Pusat Perubatan Mount Elizabeth, Singapura pada April tahun lepas.

Myint Swe dilantik sebagai pemangku presiden selepas pihak tentera merampas kuasa daripada kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi yang dipilih melalui pilihan raya pada Februari 2021.

-- BERNAMA-ANADOLU


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan