DUNIA > BERITA

Palestin Usaha Dapatkan Bantuan Antarabangsa Untuk Hapuskan Bahan Letupan Di Gaza

31/12/2025 08:39 PM

RAMALLAH, 31 Dis (Bernama–Xinhua) -- Kerajaan Palestin pada Selasa memaklumkan yang ia bekerjasama dengan organisasi antarabangsa untuk menghapuskan bahan letupan yang tidak meledak di Gaza, lapor Xinhua.

Tinjauan lapangan, penandaan kawasan tercemar dan latihan untuk kakitangan tempatan telah  dimulakan di Gaza, manakala Pusat Tindakan Periuk Api Palestin sedang berusaha membentuk satu gabungan antarabangsa yang lebih luas bagi tugasan itu sebaik sahaja pasukan teknikal dapat beroperasi di wilayah berkenaan, menurut kenyataan media kerajaan.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel “masih tidak membenarkan pengeluaran sisa perang dan menghalang kemasukan peralatan yang diperlukan untuk memulakan operasi,” menurut kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu memberi amaran bahawa lebih 20,000 bom yang tidak meledak masih berada di Gaza, menimbulkan ancaman serius kepada orang awam.

Organisasi Palestin yang beroperasi di Gaza melaporkan yang bahan letupan itu meragut kira-kira 52 nyawa dan mencederakan ramai lagi sejak tercetusnya konflik pada 7 Oktober 2023.

--BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan