LONDON, 3 Jan (Bernama-WAM) -- Pejabat Meteorologi mengesahkan 2025 sebagai tahun terpanas dan terpalinɡ cerah pernah direkodkan di United Kingdom, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Menurut data sementara, purata suhu tahunan mencecah 10.09 darjah Celsius, melepasi rekod sebelum ini iaitu 10.03 darjah Celsius yang dicatatkan pada 2022.
Dengan pencapaian itu, 2025 menyertai 2022 dan 2023 sebagai tiga tahun terpanas pernah direkodkan, serta menjadi hanya tahun kedua purata suhu tahunan United Kingdom melebihi 10 darjah Celsius.
Tempoh 12 bulan lalu juga merupakan yang paling cerah pernah direkodkan, dengan 1,648.5 jam cahaya matahari dicatatkan di seluruh negara, iaitu 61.4 jam lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini yang direkodkan pada 2003.
Selain itu, 2025 juga akan diingati sebagai tahun berlakunya kejadian ribut kencang yang paling ketara bagi abad ini, iaitu Ribut Eowyn.
-- BERNAMA-WAM
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial