HARBIN, 6 Jan (Bernama-CMG) -- Festival Ais dan Salji Antarabangsa Harbin ke-42 membuka tirai di Dunia Ais dan Salji Harbin, ibu kota provinsi Heilongjiang di timur laut China, pada Isnin.
Festival ais dan salji yang diasaskan pada tahun 1985 itu kini telah berkembang menjadi satu daripada empat festival ais dan salji yang terbesar di dunia.
Bertemakan "One Frozen Wonderland, One Shared Future", festival edisi ini turut memperkenalkan 10 laluan pelancongan dan lebih daripada 200 aktiviti kebudayaan, sukan, serta ekonomi dan perdagangan.
Selain itu, negara tamu utama, provinsi tamu utama, dan bandar tamu utama ditetapkan buat julung-julung kalinya, bagi merapatkan ikatan budaya ais dan salji, sekali gus memacu momentum pertumbuhan ekonomi ais dan salji.
Menurut statistik pihak berkuasa berkaitan di provinsi Heilongjiang, pada musim ais dan salji yang lepas, jumlah pelancong dan perbelanjaan dalam sektor pelancongan di provinsi berkenaan masing-masing meningkat sebanyak 18.5 peratus dan 30.7 peratus tahun ke tahun.
Dianggarkan jumlah keluaran keseluruhan ekonomi ais dan salji di seluruh provinsi Heilongjiang akan melebihi RMB300 bilion (RM174.17 bilion) pada tahun 2025, menokok lebih 12 peratus.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial