WASHINGTON, 7 Jan (Bernama-Anadolu) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata bahawa pihak berkuasa interim di Venezuela telah bersetuju untuk memindahkan antara 30 hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan ke AS untuk dijual pada harga pasaran, lapor Anadolu Ajansi.
“Minyak ini akan dijual pada harga pasaran, dan wang itu akan dikawal oleh saya, sebagai Presiden Amerika Syarikat, bagi memastikan ia digunakan untuk memberi manfaat kepada rakyat Venezuela dan Amerika Syarikat,” kata Trump dalam satu kenyataan menerusi platform Truth Social.
Presiden itu menambah bahawa Setiausaha Tenaga Chris Wright telah diminta melaksanakan rancangan berkenaan “dengan segera”, dengan minyak itu akan diangkut menggunakan kapal simpanan terus ke dok pemunggahan di AS.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial