DUNIA > BERITA

Jepun Tangguh Pelancaran Roket H3 Bagi Siasat Kegagalan Terdahulu

07/01/2026 06:23 PM

TOKYO, 7 Jan (Bernama-Xinhua) -- Jepun memutuskan untuk menangguhkan pelancaran roket H3 yang dijadualkan pada 1 Feb, memandangkan siasatan terhadap kegagalan pelancaran roket H3 sebelum ini masih berjalan, menurut agensi angkasa negara itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Tarikh pelancaran baharu bagi roket H3 kesembilan, yang akan membawa satelit bagi sistem tujuh satelit Jepun, masih belum ditentukan, menurut kenyataan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Pada 22 Dis, roket H3 kelapan JAXA gagal meletakkan satelit “Michibiki No. 5” ke orbit seperti dirancang, sekali gus mengakibatkan kegagalan pelancaran.

“Kami menggembleng semua sumber dan usaha untuk menyiasat punca kegagalan pelancaran itu. Jadual pelancaran baharu akan diumumkan setelah disahkan,” kata JAXA.

Kerajaan Jepun menyasarkan untuk mewujudkan sistem geolokasi tujuh satelit yang mampu menyediakan maklumat kedudukan tanpa bergantung kepada satelit asing. Ketika ini, lima satelit berada di orbit.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan