PATTANI, 11 Jan (Bernama) -- Sebanyak 11 stesen minyak di tiga wilayah selatan Thailand diserang serentak dengan bahan letupan dalam satu perbuatan khianat pada awal pagi Ahad.
Markas Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati serangan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata bertopeng yang menyasarkan lima stesen minyak PTT di Narathiwat, empat di Yala dan dua lagi di Pattani pada kira-kira 1.10 pagi.
ISOC 4 berkata pasukan keselamatan termasuk polis, tentera dan jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan serta memadamkan kebakaran sejurus selepas kejadian.
Susulan kejadian itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap kawalan di kawasan kejadian dan berdekatan ke peringkat tertinggi.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial