KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Kementerian Luar menggesa rakyat Malaysia supaya menangguhkan sebarang perjalanan tidak penting ke Iran buat sementara waktu susulan kekacauan yang semakin meluas di negara itu.
Dalam satu kenyataan media pada Ahad, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Tehran berada dalam keadaan selamat dan pihak kedutaan sedang aktif menghubungi mereka bagi memastikan kesejahteraan serta menyampaikan maklumat terkini.
Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau sedang mengembara di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Rakyat Malaysia juga amat digalakkan untuk mendaftar kehadiran mereka dengan Kedutaan bagi memastikan komunikasi dapat dilakukan tepat pada masanya.”
Untuk bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran melalui telefon +98 21 8807 2444 / +98 21 8807 8606 atau telefon bimbit +98 933 535 2602 serta e-mel ke mwtehran@kln.gov.my / mwconsular.teh@gmail.com
Kementerian itu berkata menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Tehran, pihaknya terus memantau rapat keadaan kekacauan berkenaan dengan demonstrasi kini merebak ke seluruh negara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial