SEOUL, 16 Jan (Bernama-Yonhap) -- Bersempena lagu rakyat popular Korea, “Arirang” dipilih sebagai tajuk album baharu bintang K-pop BTS, menurut agensi kumpulan berkenaan BigHit Music pada Jumaat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Album yang mengandungi 14 lagu itu dijadual dilancarkan pada 20 Mac ini sebagai album studio kelima BTS sejak “Proof” pada 2022.
Menurut BigHit album berkenaan mencitrakan identiti BTS sebagai sebuah kumpulan yang bermula di Korea serta “sarat dengan perasaan rindu dan kasih sayang”.
Agensi itu menyifatkan perkataan “Arirang” sebagai ekspresi simbolik emosi yang ingin diketengahkan kumpulan tersebut.
“Ketika BTS menyiapkan album yang dinanti-nantikan ini, ia mengimbau kembali asal perjalanan, permulaan dan kisah-kisah kenangan mereka,” menurut BigHit dalam kenyataan sambil menambah album itu meneroka emosi yang boleh difahami secara global.
Selepas pelancaran album, BTS akan mengadakan jelajah dunia bermula 9 April ini di Kompleks Sukan Goyang berdekatan Seoul.
Jelajah itu akan singgah di 34 bandar meliputi 79 konsert iaitu terbesar dalam sejarah K-pop dan akan menampilkan reka bentuk pentas 360 darjah.
-- BERNAMA-YONHAP
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial