DUNIA > BERITA

Venus Williams Teruja Kembali Ke Melbourne

17/01/2026 06:42 PM

MELBOURNE, 17 Jan (Bernama-PA Media/dpa) -- Venus Williams teruja untuk meraikan pencapaian terbaharu menjelang penyertaannya dalam kejohanan Tenis Terbuka Australia selepas lima tahun, lapor PA Media/dpa.

Atlet Amerika Syarikat berusia 45 tahun itu bakal menjadi pemain wanita tertua bertanding dalam pusingan utama di Melbourne Park, mengatasi Kimiko Date dari Jepun yang berumur 44 tahun ketika beraksi pada 2015.

“Saya tidak terfikir mengenai perkara itu sehingga dilaporkan media..Mari lakukannya,” kata Williams yang kali pertama bermain di kejohanan itu pada 1998.

Williams mara ke final perseorangan keduanya di Melbourne pada 2017 namun tidak menyertai kejohanan itu sejak 2021.

Ini merupakan kejohanan Grand Slam pertamanya selain Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas lebih dua tahun.

Williams kembali ke gelanggang pada musim panas lalu setelah bergelut dengan kecederaan.

Beliau memenangi perlawanan perseorangan pertama selepas dua tahun di Washington dan melangkah ke suku akhir beregu wanita pada Terbuka AS bersama Leylah Fernandez.

Williams dijangka bertemu rakan senegara Coco Gauff pada pusingan kedua namun sebelum itu perlu berdepan pemain 21 tahun lebih muda daripadanya, Olga Danilov dari Serbia.

Pusingan utama Terbuka Australia bakal bermula 18 Jan.

-- BERNAMA-PA MEDIA/dpa


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan