DUNIA > BERITA

Nadia Kesuma Selamat Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Dhahban, Jeddah

19/01/2026 03:27 PM

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Pelakon Nadiah Kasumawati, yang meninggal dunia pada 15 Jan, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dhahban di Jeddah, Arab Saudi pada 7.35 pagi waktu tempatan, Isnin, diiringi suami dan anaknya, menurut Kementerian Luar.

Dalam kenyataan pada Isnin, kementerian memaklumkan bahawa Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, telah bekerjasama rapat dengan waris terdekat serta pihak berkuasa tempatan bagi memudahkan dan menyelaras semua urusan berkaitan pengebumian.

Kementerian itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat, khususnya kerajaan Arab Saudi, Hospital King Fahd dan agensi berkaitan lain atas bantuan yang diberikan.

Nadiah, yang lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma, menyertai pakej lawatan Umrah-London-Paris dan dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Jeddah pada Khamis lalu - iaitu pada hari yang sama beliau dilaporkan hilang.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan