DUNIA > BERITA

Industri Filem China Cecah RMB817 Bilion Pada 2025

22/01/2026 02:40 PM

BEIJING, 22 Jan (Bernama-CMG) -- China muncul sebagai pasaran filem terbesar di dunia dengan nilai pengeluaran rantaian industri perfileman mencecah RMB817.29 bilion (RM474.7bilion) pada 2025.

Perkara itu dinyatakan dalam statistik Pentadbiran Filem China pada Rabu. 

Statistik itu dibuat dengan mengambil kira faktor seperti bancian ekonomi kebangsaan kelima, perubahan bilangan syarikat dalam industri filem, perubahan kutipan tiket dan kesan limpahan rantaian industri.

Statistik itu turut menunjukkan nilai pengeluaran teras industri filem meningkat kepada RMB226.6 bilion (RM131.7 bilion); nilai pengeluaran tidak langsung sebanyak RMB251.5 bilion (RM146 bilion), manakala nilai kesan limpahan pula berjumlah RMB339.1 bilion (RM197 bilion).

Industri filem kini memacu pembangunan sosioekonomi dan menjadi penggerak utama penggunaan perkhidmatan, selain membantu mempromosikan budaya China ke peringkat global.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan