DUNIA > BERITA

EU Cadang Akta Rangkaian Digital Pertingkatkan Keterhubungan

22/01/2026 06:11 PM

BRUSSELS, 22 Jan (Bernama-Xinhua) -- Suruhanjaya Eropah pada Rabu mencadangkan Akta Rangkaian Digital untuk memodenkan, memudahkan dan menyelaraskan peraturan mengenai rangkaian keterhubungan Kesatuan Eropah (EU).

Cadangan itu bertujuan mewujudkan syarat bagi pengendali untuk melabur dalam pelancaran rangkaian gentian dan mudah alih termaju, yang menyokong teknologi seperti kecerdasan buatan dan pengkomputeran awan, menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan akhbar, lapor Xinhua.

Di bawah akta itu, syarikat akan dapat menyediakan perkhidmatan di seluruh EU dengan mendaftar di satu negara anggota sahaja.

Ia juga akan memperkenalkan rangka kerja autoriti spektrum peringkat EU untuk mempromosikan perkhidmatan komunikasi satelit merentas Eropah di samping meningkatkan konsistensi dalam autoriti spektrum nasional dengan memberikan tempoh lesen lebih lama dan pembaharuan lesen secara automatik.

Cadangan itu memerlukan negara anggota membentangkan rancangan peralihan nasional mandatori pada 2029 untuk menghapuskan rangkaian tembaga secara berperingkat dan beralih kepada rangkaian lanjutan antara 2030 dan 2035.

Usul berkenaan akan dikemukakan kepada Parlimen Eropah dan Majlis EU untuk kelulusan.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan