DUNIA > BERITA

Presiden WEF Seru Pemimpin Pelbagai Negara Bersinergi Wujudkan Situasi Sama Menang

26/01/2026 04:44 PM

BEIJING, 26 Jan (Bernama-CMG) -- Presiden Forum Ekonomi Dunia (WEF) Borge Brende berharap pemimpin pelbagai negara dapat berkumpul dan menyelesaikan masalah berdasarkan prinsip sama menang.

"Ini amat signifikan kerana banyak cabaran yang kita hadapi pada masa ini hanya boleh diselesaikan melalui usaha bersama.

Brende berkata demikian ketika ditemu bual Kumpulan Media China (CMG) sempena Sidang Tahunan WEF 2026 di Davos baru-baru ini.

Menurut beliau, China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia, mempunyai pengaruh besar dan memainkan peranan memberi bimbingan dalam pelbagai sektor.

"Pada masa sama, China menekankan peranan penting organisasi pelbagai hala seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Bagi sesebuah negara besar, tindakan sepihak mungkin lebih mudah. Namun China sentiasa menekankan pentingya sinergi dan kesatuan tenaga yang boleh membawa kepada manfaat untuk jangka masa panjang,” katanya.

Ketika menyebut sumbangan China dalam mempromosikan sistem ekonomi global yang terbuka, Brende memuji prestasi cemerlang yang dilakar China dalam pembangunan ekonomi khususnya sejak China melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.

"Pada tahun 1979, jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China hanya menyumbang dua  peratus kepada jumlah dunia, dan angka itu telah meningkat kepada 20 peratus pada masa ini.

Dasar pembaharuan dan pintu terbuka bukan sahaja mengukuhkan ekonomi China, malah juga menawarkan banyak peluang pekerjaan, dan menyumbang kepada pengurangan kemiskinan,” katanya.

Brende berkata China kini mendahului negara-negara lain dalam beberapa teknologi. Di samping itu, China juga melakar prestasi cemerlang dalam sektor pembangunan tenaga boleh diperbaharui, kenderaan elektrik dan rangkaian landasan kereta api laju.

“Saya percaya China akan terus mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka kerana semua kemajuan dan pembangunan di China hasil keterbukaan ekonomi," kata Brende.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan