BEIJING, 3 Feb (Bernama-CMG) -- Keupayaan China dalam pembekalan elektrik hijau terus meningkat apabila kapasiti terpasang baharu tenaga suria dan angin mencatat 440 juta kilowatt pada 2025.
Data terkini Majlis Keelektrikan China (CEC) menunjukkan kapasiti terpasang baharu penjanaan elektrik di seluruh negara mencapai 550 juta kilowatt pada tahun lepas, dengan 80.2 peratus daripadanya disumbang oleh dua tenaga alternatif itu.
Bekalan elektrik berasaskan tenaga angin, suria dan biojisim menjadi komponen utama penggunaan elektrik tambahan di China, sekali gus menyaksikan usaha negara ini dalam mewujudkan transformasi hijau dan rendah karbon semakin dipercepat.
CEC menjangkakan bahawa kapasiti terpasang tenaga suria akan buat julung kalinya melebihi arang batu pada 2026.
Sementara itu, jumlah kapasiti terpasang tenaga angin dan suria dijangka menduduki separuh daripada keseluruhan kapasiti terpasang penjanaan elektrik menjelang hujung tahun ini.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial