DUNIA > BERITA

Kerja Luar Bandar China Tumpu Empat Tugas Utama Pada 2026

04/02/2026 02:18 PM

BEIJING, 4 Feb (Bernama-CMG) -- China akan memberi tumpuan kepada empat tugas utama bagi memperkukuh kerja berkaitan pertanian, luar bandar dan masyarakat tani pada 2026 seperti yang digariskan dalam dokumen pusat No. 1 negara itu.

Perkara itu dimaklumkan dalam sidang media anjuran Pejabat Penerangan Dewan Negara pada Rabu.

Empat tugas utama tersebut merangkumi usaha meningkatkan keupayaan, kualiti, dan kecekapan pengeluaran pertanian secara komprehensif; melaksanakan program bantuan secara berkala dan bersasar; menjana pendapatan masyarakat tani; serta membangunkan kawasan luar bandar sebagai kediaman dan tempat kerja yang kondusif serta harmoni.

Untuk rekod, output bijirin China melebihi 700 juta tan selama dua tahun berturut-turut manakala pengeluaran kacang soya kekal di atas paras 20 juta tan bagi tempoh empat tahun berturut-turut.

Selain itu, pengeluaran daging negara itu buat pertama kali melepasi 100 juta tan pada 2025.

Pendapatan masyarakat tani China juga mencatat pertumbuhan berterusan dengan pendapatan boleh guna per kapita mencapai 24,456 yuan (RM13,845) pada 2025, meningkat enam peratus berbanding tahun sebelumnya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan