DUNIA > BERITA

CMG Perkenal Pengisian Gala TBC 2026

05/02/2026 03:33 PM

BEIJING, 5 Feb (Bernama-CMG) -- Kumpulan Media China (CMG) memperkenalkan pengisian program Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2026 serta teknologi inovatif yang digunakan dalam penganjuran temasya budaya itu.

Diinspirasikan daripada budaya tradisional dan seni kontemporari, Gala TBC 2026 menampilkan pelbagai persembahan menarik seperti nyanyian, tarian, opera, pertunjukan silap mata dan lain-lain bagi mewujudkan suasana perayaan yang ceria dan meriah sempena Tahun Kuda.

Dikenali sebagai “Gala Rakyat”, temasya budaya itu menjanjikan pengalaman menonton yang imersif dan mendebarkan menerusi penggunaan teknologi penyiaran definisi ultra tinggi 8K, audio berkualiti tinggi  dan kandungan yang dijana oleh kecerdasan buatan (AIGC).

Selain itu, gala versi mesra orang kurang upaya (OKU) akan diperkenalkan buat pertama kali menerusi saluran CCTV-15, lengkap dengan paparan bahasa isyarat dan sari kata janaan AI.

Gala TBC 2026 akan disiarkan di pelbagai platform, termasuk saluran 4K Ultra HD, saluran 8K Ultra HD serta media baharu seperti CCTV News, bermula pada pukul 8 malam, 16 Februari ini.

Di peringkat antarabangsa, saluran bahasa asing di bawah Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) akan bekerjasama dengan lebih 3,300 organisasi media dari 200 negara dan wilayah untuk menyiarkan serta melaporkan acara berkenaan.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan