DUNIA > BERITA

China Dan India Mahu Jadi Rakan Kerjasama, Bukan Lawan Dalam Persaingan

11/02/2026 05:28 PM

NEW DELHI 11 Feb (Bernama-CMG) -- Berhadapan situasi antarabangsa yang penuh dengan pergolakan serta perubahan drastik lagi rumit, China dan India perlu  menjadi rakan kerjasama, dan bukannya lawan dalam persaingan.

Kedua-dua negara perlu memandang ke hadapan ketika menangani hubungan dua hala dari segi strategik, menjadikan pembangunan di negara masing-masing sebagai peluang dan bukannya ancaman.

Konsensus demikian dicapai dalam satu dialog strategik China-India pusingan baharu di sini pada khamis, yang diserikan dengan kehadiran Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu dan Setiausaha Luar India, Vikram Misri.

Kedua-dua pihak mengadakan komunikasi yang mesra, ikhlas dan mendalam mengenai situasi antarabangsa, dasar negara masing-masing mengenai urusan dalaman dan diplomasi, isu serantau dan antarabangsa yang menjadi tumpuan bersama serta hubungan dua hala.  

Kedua-dua pihak bersetuju akan menambah kesalingpercayaan, memperluas kerjasama dan berhemah ketika menangani pertelingkahan untuk mendorong hubungan China-India berkembang mengikut landasan yang sihat dan stabil.

Sementara itu, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong antara satu sama lain tentang kepengerusian masing-masing untuk blok BRICS pada tahun ini dan tahun hadapan, menyokong amalan multilateralisme dan kepusatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam landskap dunia, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama Selatan Global, mempertahankan keadilan dan keamanan antarabangsa, mendorong polarisasi di peringkat global, dan menyumbang kepada keamanan dan pembangunan Asia bahkan dunia.

– BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan