DUNIA > BERITA

Australia Teroka "Semua Pilihan" Susulan Tarif Baharu AS - Menteri Perdagangan

23/02/2026 11:00 AM

MOSCOW, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan Australia sedang meneroka semua pilihan sebagai tindak balas terhadap langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif global sebanyak 15 peratus ke atas barangan import, yang dianggap sebagai tidak wajar, kata Menteri Perdagangan Australia Don Farrell.

Farrell dipetik oleh SBS News sebagai berkata bahawa beliau sedang bekerjasama dengan Kedutaan Australia di Washington untuk "menilai implikasi dan meneliti semua pilihan yang ada."

"Kami secara konsisten telah menyuarakan bantahan terhadap tarif yang tidak wajar ini," katanya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pada Jumaat, Mahkamah Agung AS memutuskan untuk menolak skim tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Trump di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).

Presiden itu kemudian membidas mahkamah berkenaan kerana membuat keputusan yang dianggapnya sebagai "mengarut" dan mengarahkan tarif sementara sebanyak 10 peratus dikenakan ke atas semua barangan import ke AS selama 150 hari. Pada Sabtu, beliau mengumumkan peningkatan duti import berkenaan  kepada 15 peratus bagi semua negara.

--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan