DUNIA > BERITA

Angka Korban Akibat Hujan Lebat Di Tenggara Brazil Meningkat Kepada 30 Orang

25/02/2026 10:43 PM

RIO DE JANEIRO, 25 Feb (Bernama-Xinhua) -- Angka korban akibat hujan lebat di negeri Minas Gerais, tenggara Brazil meningkat kepada 30 orang dengan 39 lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.

Hujan lebat yang bermula pada petang Isnin mencetuskan tanah runtuh, menyebabkan air sungai di kawasan bandar melimpah serta pokok tumbang, selain merosakkan bangunan dan mengakibatkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal, menurut jabatan bomba tempatan.

Bandar Juiz de Fora dan Uba antara kawasan yang paling teruk terjejas, dengan Juiz de Fora mengisytiharkan darurat bencana pada awal Selasa.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, menurut jabatan bomba negeri. Gabenor negeri Romeu Zema mengisytiharkan tempoh berkabung rasmi selama tiga hari di seluruh Minas Gerais.

Sementara itu, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva menerusi media sosial menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal dan orang tersayang.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan