DUNIA > BERITA

Arab Saudi Lancar Dapur Di Gaza, Sediakan 24,000 Hidangan Setiap Hari Dalam Ramadan

27/02/2026 11:14 PM

GAZA, 27 Feb (Bernama-SPA) -- Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) merasmikan dapur pusat di Semenanjung Gaza demi memastikan jaminan makanan bagi penduduk Palestin di sini, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Dilancarkan dengan kerjasama Pusat Kebudayaan dan Warisan Saudi sebagai sebahagian daripada kempen pengumpulan dana Saudi, fasiliti itu menghasilkan 24,000 hidangan panas setiap hari dalam bulan Ramadan 1447 Hijrah ini.

Menyasarkan keluarga yang kehilangan tempat tinggal di Deir Al-Balah dan Al-Qarara, projek itu bertujuan mengagihkan 3.6 juta hidangan. Selain bantuan segera, dapur berkenaan menggaji 40 pekerja tempatan dan mematuhi piawaian kesihatan antarabangsa tertinggi.

Ketua Penyelia KSrelief Dr Abdullah Al Rabeeah menekankan bahawa projek itu adalah kesinambungan bantuan udara, laut dan darat negara itu yang meluas, mengetengahkan komitmen Arab Saudi untuk mengurangkan krisis kemanusiaan dan membantu golongan rentan termasuk wanita dan kanak-kanak.

-- BERNAMA-SPA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan