DUNIA > BERITA

UAE Keluar daripada OAPEC

04/05/2026 02:16 PM

DOHA, 4 Mei (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) -- Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah keluar daripada Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum Arab (OAPEC) yang berpangkalan di Kuwait, menurut OAPEC pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

UAE sebelum ini telah pun meninggalkan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatan OPEC+.

“Sekretariat Agung OAPEC telah dimaklumkan mengenai sepucuk surat daripada Menteri Tenaga UAE Suhail Al Mazrouei kepada pengerusi sesi semasa Majlis Menteri-Menteri OAPEC, yang mengumumkan keputusan UAE untuk keluar daripada pertubuhan itu berkuat kuasa 1 Mei 2026,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan