Sabtu, 30 Mei 2020
22/05/2020 10:04 PM

KUALA LUMPUR, 22 Mei -- Unit Uzma Bhd, Uzma Energy Ventures (Sarawak) Sdn Bhd dan EQ Petroleum Developments Malaysia Sdn Bhd (EnQuest), telah melaksanakan hak menamatkan bersama kontrak perkhidmatan risiko lapangan kecil (SFRSC) Tanjong Baram dengan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), susulan berlakunya ‘‘economic cut-off’ mengikut syarat-syarat kontrak perkhidmatan risiko (RSC).

Uzma, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata dengan penamatan SFRSC itu, PETRONAS akan membayar balik baki perbelankaan modal dan operasi yang boleh dibayar balik kepada Uzma dan EnQuest selama sembilan bulan berikutnya.

PETRONAS menganugerahkan RSC kelima kepada Uzma dan EnQuest pada 27 Mac, 2014, bagi pembangunan dan pengeluaran di lapangan minyak Tanjong Baram yang terletak enam kilometeri dari Sarawak.   

Uzma memiliki 30 peratus pegangan dalam Tanjong Baram RSC secara kerjasama dengan EnQuest,  yang memiliki baki 70 peratus cent interest in the project, was the lead operator. 

Objektif kontrak tersebut adalah untuk membangunkan dan menghasilkan petroleum dari lapangan Tanjong Baram. 

SFRSC Tanjong Baram dimeterai enam tahun lepas apabila harga minyak berada kira-kira US$90 setong dan peluang diberikan oleh PETRONAS bagi syarikat perkhidmatan tempatan untuk menyertai dalam pembangunan dan operasi lapangan.

Lapangan itu terdiri daripada pelantar ringan tanpa kendalian kru dengan pengeluaran terikat kepada West Lutong Platform PETRONAS Carigali Sdn Bhd menerusi saluran paip pengeluaran fleksibel.

Lapangan Tanjong Baram mencapai minyak pertama pada Ogos 2015.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Uzma Bhd Datuk Kamarul Redzuan Muhamed berkata bersama-sama dengan EnQuest, mereka berjaya mengendalikan kemudahan itu dengan selamat sejak  2014.

“Menerusi pelaksanaan teknologi imovatif dan operasi kos efektif, kami dapat mengekalkan pengeluaran lapangan kecil ini bagi empat tahun meskipun harga minyak rendah,” kata Kamarul Redzuan sambil menambah kedua-dua pihak menghargai PETRONAS kerana memberikan peluang kepada mereka untuk mempamerkan keupayaan sepanjang kontrak.

Penamatan kontrak itu tidak akan memberi sebangan kesan ketara ke atas pendapatan dan aset bersih syarikat tersebut bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun, 2020 dan berterusan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan