EKONOMI > BERITA

AEON CREDIT TERBIT SUKUK WAKALAH KEEMPAT BERNILAI RM300 JUTA

21/06/2024 08:49 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- AEON Credit Service (M) Bhd menerbitkan sukuk wakalah keempat menerusi program kertas komersial Islam (ICP) hari ini, dengan jumlah nominal RM300 juta menerusi dua tranche.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, katanya sukuk wakalah itu terdiri daripada Siri 4 Tranche No. 1 dengan jumlah nominal RM200 juta dan tempoh tiga bulan daripada tarikh terbitan; dan Siri 4 Tranche No. 2 dengan jumlah nominal RM100 juta dan tempoh enam bulan daripada tarikh terbitan.

Hasil berkenaan akan digunakan untuk pembayaran pembiayaan kepada pelanggan bagi urusan biasa perniagaan dalam menyediakan pembiayaan pengguna berdasarkan prinsip Syariah, perbelanjaan berkaitan program ICP dan untuk membiayai semula sebarang kemudahan pembiayaan Islam sedia ada dan akan datang, katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan