EKONOMI > BERITA

AIRASIA MOVE TAMBAH AIR MAURITIUS SEBAGAI RAKAN KONGSI SYARIKAT PENERBANGAN LANGSUNG TERBAHARU

24/06/2024 06:26 PM

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- AirAsia MOVE terus mengembangkan senarai rakan kongsi syarikat penerbangannya dengan menambah Air Mauritius, syarikat penerbangan nasional Pulau Mauritius sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan langsung terbaharunya.

Syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, kerjasama tersebut memperkasakan pelancong dengan pelbagai perkhidmatan pada aplikasi AirAsia MOVE dan menempah penerbangan dengan mudah ke destinasi menarik yang disediakan oleh Air Mauritius merentasi Afrika, Asia, Eropah dan rantau Lautan Hindi.

Ketua Pegawai Perniagaannya Dabraj Sing berkata syarikat penerbangan yang bekerjasama secara langsung dengan AirAsia MOVE boleh memanfaatkan inisiatif pemasarannya yang meluas dan menjangkau khalayak yang lebih luas tanpa sebarang kos tambahan selain menyediakan kemudahan kepada pelanggan mereka.

“Sebagai contoh, pelanggan Air Mauritius dalam perjalanan dari Mauritius ke Kuala Lumpur dan kemudian menyambung ke Chiang Rai dengan AirAsia boleh membuat tempahan dengan mudah dalam satu jadual perjalanan,” katanya.

AirAsia MOVE berkata pengguna aplikasinya boleh menikmati diskaun eksklusif sebanyak RM100 untuk mana-mana penerbangan Air Mauritius, kod penerbangan MK, dari Kuala Lumpur ke Mauritius dan destinasi lain dengan menggunakan kod promosi AAMAURITIUS  di laman pembayaran sehingga 30 Jun 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan