EKONOMI > BERITA

SC TAMBAH DUA ENTITI TIDAK SAH, EMPAT ENTITI KLON BERPOTENSI DALAM SENARAI PERINGATAN PELABUR

25/07/2024 05:23 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Senarai Peringatan Pelabur dikemas kini dengan tambahan dua entiti serta individu yang tidak diberikan kebenaran di platform media sosial, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pihak kawal selia itu turut menambah empat entiti klon berpotensi dalam senarai tersebut.

Menerusi hantaran di media sosial pada Khamis, SC menjelaskan entiti yang tidak diberikan kebenaran di platform media sosial itu ialah ‘Sri Saham’ dan ‘Convenant Wealth’.

“Berhati-hati dengan skim pelaburan tidak sah yang ditawarkan melalui platform media sosial,” tambah SC.

Pihak kawal selia itu juga mengingatkan pelabur supaya berhati-hati dengan entiti klon berpotensi yang mungkin menyamar sebagai entiti sah.

SC menamakan tiga entiti klon berpotensi iaitu ‘Kenanga 424’, ‘Kenanga 0709’ dan ‘Kenanga 463’, yang menyalahgunakan nama dan kelayakan Kenanga Investors Bhd untuk menjalankan skim pelaburan haram melalui aplikasi sembang WhatsApp dan laman web.

Satu lagi entiti klon berpotensi yang disenaraikan, ‘One Solution Advisory’, yang menyalahgunakan nama dan kelayakan One Solution Advisory Sdn Bhd untuk tujuan yang sama.

“Sentiasa menyemak sebelum melabur,” jelas SC.

Layari laman web rasmi SC untuk mendapatkan maklumat lanjut di www.sc.com.my/investor-alert.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan