EKONOMI > BERITA

Hibiscus-Petronas Carigali bentuk 65:35 kepentingan dalam PSC

26/07/2024 12:43 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh tidak langsung Hibiscus Petroleum Bhd, Hibiscus Oil & Gas Malaysia Ltd (HML) diberikan 65 peratus kepentingan penyertaan dan hak pengendalian bagi kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) oleh Petronas.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, Hibiscus menjelaskan baki kepentingan penyertaan kontrak itu dipegang oleh Petronas Carigali Sdn Bhd.

Tarikh kuat kuasa PSC itu ialah 1 Julai, 2024 dengan tempoh 24 tahun, tambahnya.

“Kontrak perkongsian pengeluaran itu meliputi empat peluang sumber ditemui (DRO) di medan Pertang, Kenarong, Noring dan Bedong, yang terletak di perairan cetek kira-kira 65 hingga 75 meter di luar pesisir pantai timur Semenanjung Malaysia,” menurutnya.

Hibiscus memaklumkan kluster itu terletak di selatan dan dalam wilayah pengaturan komersial PM3 yang dikendalikan oleh HML.

Ketua Negara (Malaysia dan Vietnam) Dr Pascal Hos berkata pemberian PSC itu memberikan peluang kepada HML untuk memaksimumkan penggunaan rangkaian gas sedia ada di samping untuk terus memenuhi permintaan gas yang semakin meningkat di Semenanjung Malaysia.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan