EKONOMI > BERITA

Ringgit Diunjur Kekal Prestasi Terbaik Di Rantau Ini - Standard Chartered Bank

02/08/2024 02:30 PM

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Standard Chartered Bank Research mengekalkan unjurannya bahawa ringgit kekal mencatat prestasi terbaik di rantau ini berikutan ia satu-satunya mata wang Asia yang meningkat berbanding dolar AS, setakat ini pada tahun ini.

Dalam laporan penyelidikan “Malaysia-Outperformer,” bahagian penyelidikannya berpandangan, libat urus pihak berkuasa dengan organisasi berkaitan untuk menggalakkan penghantaran balik ke negeri asal di samping menukar dan melindung nilai hasil mata wang asing mereka, telah mendorong kepada prestasi terbaik ini.

Selain itu, katanya asas pendasar turut positif kepada ringgit, antaranya pegangan asing yang rendah di Malaysia, perbezaan dasar monetari yang dijangka meningkat bagi bank pusat Malaysia berbanding penurunan di rantau ini serta pelancongan yang terus pulih.

"Selain itu, kami menyaksikan ringgit telah pulih dengan ketara dalam tempoh singkat dan potensi pembinaan semula rizab mungkin memperlahankan kenaikan selanjutnya secara relatif," katanya.

Bagaimanapun, katanya keputusan pilihan raya Amerika Syarikat mungkin mewujudkan sedikit risiko kepada mata wang tempatan, terutama tindakan tarif yang tegas kepada China.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan