EKONOMI > BERITA

Petronas Pertimbang Strategi Pembangunan Bersepadu Di Blok 52 Suriname

09/08/2024 12:00 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menilai kebolehlaksanaan strategi pembangunan bersepadu untuk pengekstrakan gas dan minyak dalam Blok 52, luar pesisir di Suriname.

Syarikat minyak nasional itu berkata ia telah mencapai kejayaan di Suriname dengan telaga penilaian Sloanea-2 di Blok 52, yang diteroka pada bulan Jun.

“Pencapaian ini telah mengukuhkan prospek Petronas di lembangan itu dan berpotensi untuk membangunkan projek gas asli cecair (FLNG) terapung tunggal di lapangan pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Sementara itu di dalam negara, Petronas turut memaklumkan mengenai aktiviti penerokaan minyak dan gas Bekok Deep-1 pada Mei.

"Hasil ujian telaga yang dijalankan menunjukkan ia mempunyai kadar aliran hidrokarbon yang tinggi.

"Penemuan ini menyerlahkan potensi hidrokarbon yang besar, menandakan satu kejayaan penting dalam sektor tenaga Semenanjung Malaysia sejak sedekad lepas," katanya.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif huluan Mohd Jukris Abdul Wahab berkata syarikat itu gembira dengan pencapaian ini.

“Kejayaan ini mengesahkan komitmen dan kepakaran Petronas untuk memberikan nilai luar biasa melalui penemuan besar di Malaysia dan antarabangsa, didorong oleh pendekatan strategik dan inovatif.

“Pencapaian ini juga menonjolkan inisiatif berterusan Petronas dalam meningkatkan usaha penerokaan kami di kawasan tumpuan terpilih dan berusaha menambah sumber yang mampan,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan