EKONOMI > BERITA

Unit Minetech Raih Kontrak Naik Taraf Sistem Pembetungan Bernilai RM36 Juta

13/08/2024 08:53 PM

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Minetech Resources Bhd (Minetech), Coral Evergreen Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada Puncak Utara Sdn Bhd untuk menjalankan projek menaik taraf sistem pembetungan bernilai RM36.79 juta.

Pakar kejuruteraan awam itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, projek berkenaan melibatkan peningkatan sistem pembetungan dan infrastruktur berkaitan di Perbandaran Ketengah Jaya, Bukit Besi, dan Seri Bandi Fasa III, Terengganu.

Projek tersebut bermula pada 29 Julai 2024, dan dijangka siap pada 13 Jun 2027.

Pengerusi Eksekutif Minetech Abang Abdillah Izzarim berkata syarikat berkenaan akan terus aktif mendapatkan projek utama dan mengembangkan kehadirannya dalam sektor infrastruktur, termasuk kejuruteraan awam dan rawatan air.

“Kami juga mahu meneroka peluang di Sarawak pada masa depan dan menyasar untuk memacu pertumbuhan dan mencapai hasil positif,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan