BELANJAWAN 2024 > BERITA

PM Mahu Rumah Orang Asli Dibina Ikut Budaya Mereka - Ahmad Zahid

26/09/2024 04:39 PM

KLUANG, 26 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pembinaan rumah bagi penempatan masyarakat Orang Asli didirikan mengikut cita rasa dan budaya masyarakat itu. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah menerima kertas kerja berkaitan perkara itu yang diserahkan Perdana Menteri selepas Mesyuarat Jemaah Menteri semalam. 

"Perdana Menteri telah memberikan satu kertas kerja kepada saya dan saya telah serahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

"Apa yang beliau (Perdana Menteri) mahukan dan mengarah kepada saya bahawa rumah-rumah Orang Asli mesti didirikan sesuai dengan cita rasa mereka dan mengikut budaya dan latar belakang penduduk itu," katanya. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian semasa berucap pada Majlis Tautan Kasih di Kampung Orang Asli Tanah Runtuh di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang. 

Susulan itu, Ahmad Zahid berkata satu sesi penerangan akan dilakukan kepada semua ketua masyarakat Orang Asli atau Tok Batin di seluruh negara bagi tujuan pelaksanaan dan penyelarasan kerja. 

Pada ucapannya, Ahmad Zahid juga memaklumkan akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk meluaskan jalan masuk ke Kampung Orang Asli Tanah Runtuh itu bagi keselesaan dan keselamatan penduduk di kawasan berkenaan. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan